Namaste India 2013 (Winter trip)

Namaste

Ini merupakan satu post tertangguh disebabkan beberapa sebab yang tak dapat dielakkan seperti malas nak tulis dan juga internet yang super lambat..Alasan tinggal alasan..yang penting tulis kan..

Winter trip to India Dec 2013
Travel date: 28th November 2013 - 6th december 2013
Travel buddy: Wani and Nisa
Places visited: Mumbai, Rajasthan, Agra, Delhi
Flight: MAS MH194  KL - Mumbai (2020-2255)
           MAS MH 173 Delhi - KL (1255-2050)


Itinerary

Day 1 (28th November 2013 - thursday)
Arrived Mumbai 1130pm.
Check in hotel: Bluebird near Coloba
(Sampai mmg dah lambat but Alhamdulillah the imigresen check tu kejap and went smoothly. Memang penat giller and jet lag(huh, jetlag la sangatttt) kitorang mcm di awangan lagi. Sampai je hotel, terus tido..zzzzz)

Day 2 (29th November 2013 - Friday)
All over Mumbai with Mr Gulu Hassan


(Keluar je dari hotel tu ada taxi tunggu...so dorang ada bagi pakej la...dorang boleh bawak ke tempat2 tourist spot kat mumbai tu dengan harga yang agak berpatutan..) tapi kitorang kena 1500rupee...seriously aku tak tau sama ada mahal atau murah tetapi kami amat suka dengan mr gulu hasan the taxi driver yang baik dan peramah, so kami halalkan..
Mr Gulu Hassan
All Mumbai taxi driver only madam
hahaha, dia ni boleh la cakap English sikit2
So bila dia tak tau nak cakap banyak sangat dia akan ulang ayat ni
"Sorry madam, i only all Mumbai taxi driver only madam, English not good"
haha, comel kan.

we went to :-

1- gateway of India and outside Taj Mahal hotel
Taj Mahal Hotel
Kitorang cuma mampu ambil gambar je
Masih belum cukup kaya nak lepak kat sini
Ni terletak betul2 sebelah Gateway of India ni


Gateway of India
Takde apa yang menarik sangat pun
adalah sejarah nye tapi itu boleh baca kat google ok.
Tapi amat best utk amik gambar
or kalau nak main ngan burung2 itu

2 - Hanging gardens



Hanging Gardens ni tak la seperti yang diimaginasikan..dia taklah "hanging" or terapung..tapi disebabkan taman ini ditengah2 bandar so seakan2 dia diapungi oleh bangunan2 di sekelilingnya. Tempat yang chillex utk mereka berjalan2 or jogging or ambik gambar kat kasut seperti di atas.

3- Dhobi ghat slump


Teringat lak cerita Slumdog Millionaire


Dharavi slum


Dhobi ghat ni merupakan tempat orang cuci baju (dobi) yang terbesar kat Mumbai tu. Terletak dekat dengan Dharavi Slum. Kitorang tak masuk kat dalam slum ni. Kalau nak pergi boleh ikut tour ni. Jap ek bagi link. RealityToursAndTravel..Memang satu cara yang best utk memahami kehidupan mereka kat sana. Kalau korang ada masa lebih sila la ambik option ni ek. Kitorang hanya mampu lalu je..huhu

4- Victoria terminus station (just passed by)





station keretapi je..tapi cantik kan..

5- J&J medical school (Mr tee chee sian's school)
Ni aktiviti tambahan. terima kasih atas kesabaran Mr gulu, kitorang yang degil ni sampai jugak akhirnya ke sekolah Mr tee ni..sempat juga beli buku kat sini..

6- Ghandi's house


Ni adalah rumah Mahatma Ghandi..so boleh la baca sejarah dia and kehidupan dia. the library memang awesome. cuma ada la buku yang aku takleh nak baca kan. tak paham.

7. Marine drive and Nariman point



kat sini ramai orang jogging pagi2..Biasala pantai..memang la cantik..beware of dog's poop haa...

Kitorang hanya pergi kat area old mumbai town sahaja so tak sempat nak explore banyak tempat

Night - catch flight to Delhi
reached delhi malam lepak kat hotel Bloomrooms at Arakashan road (teramat suka hotel ini!! especially nisa)



day 3 - (30th November 2013 - saturday)

Agra and rajasthan tour using tour agent Tirupati holidays. Berurusan dengan mr mahesh jalani through email. Bagus travel agency ni..amat recommended sebab
- the only travel agency that managed to filled up all our requests (since we had a very limited time but yet too many wishlist, this is the only tour agency that can fullfilled our requests)
Mr Nisha the taxi driver picked us up at the hotel and headed to Agra
Hotel: Hotel Amar (Fatehabad road)
Places visited: Taj Mahal
Fees: 750rupee (entrance fee + horse ride to the taj)



My personal comment pasal Taj Mahal. Orang lain heboh pasal kesah cinta shah jehan kepada isteri dia yang sanggup buat istana kononnya utk isteri dia ni..last2 jadi kubur je
romantic ke?
bullshit!!!!



i know right... tujuan pakai baju kurung di taj mahal sebab nak nampak lebih ayu...lagipun, kan ke nak melawat kubur..so bersopan la sikit kan..
alamak, kasut tak cukup merah




macam ni la dorang buat..kalau tangan luka ka...tak ke naya...memang meticulous nak shapekan batu batuan itu..



nak pergi ke taj and balik tu kitorg nak donkey..sebab malas nak jalan..huhu//






masjid next to the taj...tranquil and beauty


day 4 (1st December 2013-sunday)
Agra fort:
fatehpur sikri (on the way to Jaipur)
Continue our journey to Jaipur





agra fort!!!!



cantik kan???...memang besttt..kalau dapat golek2 kat rumput tu memang dah lama buat dah..




ni kubur2 ni..ngeri tak ngerii....



ramai budak2 kat fatehpur sri ni..kononnya budak2 mengaji...tapi aku tengok ramai yg mintak sedekah and jual barang2 je...tak nampak pun dorang mengaji...hmmmm






3gambar di atas ni semua kat fatehpur sri...yang bertutup ngan kain tu adalah makam tok guru kat situ,,,kononya kalau korang berhajat something, sila la keliling makan tu pastu ikat la tali merah kat jendela tu...hmmmm...tak ke syirik nama nye tu???..ntah hape2 laa




day 5 (2nd december 2013- monday)
Places:
1- Hawa Mahal
2- Amber fort
3-Jantar Mantar
4- Chokhi Dhani resort
Lepak: Peppermint hotel


Jaipur aka pink city aku rasa agak misnomer di situ sebab dia bukan pink, dia orangeee...hehehe



hawa mahal





personally, dalam banyak2 fort yang kita orang pergi, Amber fort ni is my favorite...cantik duhhh...subhanallah...nak naik tu kitorg naik gajah...comel kan...hehe..tapi tak berapa nak sedap la baunya..sebab tetibe je gajah tu berak la tengah jalan...tak senonoh kan...tapi fort tu mmg cantik ok..rasa macam puteri raja duduk kat istana atas gunung..




kat town tu ada la jantar mantar, dia tunjuk alat2 orang dulu macam mana nak tau pukul berapa etc tanpa kewujudan jam digital..ilmiah sangat..







malam tu kitorang pergi ke chokhi dhani resort,,,dia macam kampung budaya dorang la..so kalau nak tau macam mana kehidupan orang Rajasthan pada masa dulu, boleh la pergi sini....sangat cantik..and korang akan dihidangkan dengan traditional rajasthan feast, makan atas daun and minum guna cawan tembikar...


day 6(3rd december 2013- tuesday)
lonnnggg ride to Jodphur
Places
- Jastwant Thada
- Mehrangarh fort
- ziplining at Mehrangarh fort
- night - Ghanta Ghar and market places
Lepak: Kothi Heritage hotel



at mehrangrah fort




the best thing about Jodphur is the ziplining across the fort..you can google and book for it..love the scenery at sunset over the blue city..(ahhh menyesal tak bawak camera sebab takut camera terjatuh ke hapa ke...ermmm...next time kena bawak go pro..ahakss)


day 7 (4th december 2013- wednesday)
Jodphur
- Umaid Bhawan Palace
trip to Pushkar
-Brahma temple
-Camel ride

hotel: pushkar resort

sebelum bertolak kitorang sempat melawat istana ni dulu..nothing much la..istana kan...memang la cantik...


umaid bhawan palace







hotel ni memang cantik and cun..kat sini la kate winslet lepak masa berlakon cerita Holy Smoke..aku pun tak pernah tengok cerita tu...haha..



brahma temple dari luar..tour guide kitorang cakap takyah masuk la sebab dorang akan bagi pooja...so kitorang hanya mampu lihat dari luar sahaja...







and naik camel!!!!...unta ni bawak kitorg jalan kat kawasan padang pasir and berhenti kat satu tempat untuk tengok sunset!!!..best!!!!







day 8 (5th december 2013 - thursday)
pushkar ke delhi
 - perjalanan mmg jauh..nak dekat 8jam...so memang tak singgah mana2 sebab nak kejar masa nak shopping kat delhi..


kat delhi..kitorang naik la 


malam tu kitorang shopping kat Paharganj market utk la cari souvenirs utk meraka yang tersayang..aku suka street tu..banyak backpackers lepak kat situ jugak..tapi yang tak best..kitorg kena pau ngan budak bawak autorickshaw..sialan..padahal hostel kitorg 2 blocks away je...ishhh..



day 9 (6th december 2013- friday)
Fly home




Kesimpulan

kalau nak travel kat India secara backpackers bagi aku mmg susah tapi possible..kalau dapat cuti 2-3bulan memang best and boleh buat backpacking style..tapi setakat cuti 10hari, memang tak boleh nak pergi banyak tempat sebab masa akan terbuang dalam train or dalam kereta je..sebab nak ke satu2 tempat tu memangggg jauh...kalau 10 hari tapi lepak kat satu tempat je macam delhi and agra sahaja ke..or mumbai sahaja ke...memang worth it la,,
lepas tu boleh lepak and interact dengan local
tapi Thirupati holidays dah buat sebaik mungkin untuk kitorang. Walaupun masa singkat, tapi dapat pergi kat semua main attraction, aku dah cukup happy. Hotel yang dia bagi pun amat selesa and kena ngan taste kitorang (kothi heritage hotel and pushkar resort..memang terbaik laa)
India...aku akan datang lagi..yup, memang ada tempat yang kotor,banyak orang gelandangan, tapi banyak jugak tempat cantik di India. 10 hari nak mengenal India memang tak cukup. It should be more. India seriously is a beautiful place.

Sampai ketemu kembali!!!


(tak banyak yang aku dapat kongsikan pasal India in term of tempat makan or tempat lepak sebab kitorang ikut tour kan so semua dah disediakan..memang macam maharani la kitorg masa ni)












Comments

  1. Are you plannig to visit India ? But suffering from expensive air tickets. Now you can make your travel easy with liamtra

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Zedzians rocked Hong Kong Shenzhen 2012- Disneyland

Zedzians Rocked HongKong Shenzhen - The goodbye